Monday, April 28, 2025
29.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Priyanka pernah dilamar setiap 30 minit?

    Tak dinafikan artis Bollywood, Priyanka Chopra memiliki kecantikan yang luar biasa. Disebabkan oleh kecantikannya itu, dia telah diminati oleh beberapa selebriti termasuklah selebriti Hollywood, Gerard Butler.

    Memetik laporan Murai.My, sebelum dia berkahwin dengan suaminya, Nick Jonas, Priyanka telah dilamar beberapa kali oleh Gerard tetapi malangnya, lamaran kahwin itu ditolak.

    Kisahnya bermula apabila Gerard melawat India pada tahun 2009 dan Priyanka pula ketika itu menganjurkan parti untuk meraikan kedatangan aktor itu di rumahnya.

    Menurut sumber terdekat, Gerard sangat meminat Priyanka sehinggakan dia telah melakukan satu tindakan yang luar biasa dan mengejutkan. Semasa parti tersebut, Gerard dilaporkan telah melamarnya setiap setengah jam.

    Bagi Priyanka, lamaran itu berkemungkinan berbentuk gurauan kerana dia dilihat
    menolak setiap lamaran Gerard dengan ketawa.

    “Sudah tentu parti itu adalah untuk Gerard. Dia pula melamar Priyanka setiap setengah jam sambil berlutut dengan berkata, “Sudikah awak mengahwini saya?”. Priyanka pula dia akan ketawa dan jelas dia tidak berminat untuk menjadi ‘Puan Butler’.

    Kemudian sekitar tahun 2012, Gerard mendedahkan dia dan Priyanka masih lagi berhubung walaupun mereka jarang berjumpa. Apa yang mengejutkan lagi, dia berkata dirinya masih kekal bujang kerana menunggu aktres itu. – Agensi

    Priyanka telah dilamar beberapa kali oleh Gerard sebelum berkahwin dengan Nick Jonas. – koimoi.com
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda