Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    PRK Jepak: Cuaca diramal cerah

    BINTULU, 20 OKT – Keadaan cuaca pada hari penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Jepak di sini esok, diramal cerah pada sebelah pagi.

    Menurut laman sesawang Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini, Bintulu diramal akan dilanda ribut petir di beberapa kawasan pada sebelah petang, manakala cuaca baik pada malamnya.

    Pusat penamaan calon PRK Jepak di Dewan Suarah Bintulu di sini akan dibuka pada 9 hingga 10 pagi esok.

    Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian bagi PRK DUN Jepak pada 4 November ini, manakala penamaan calon dan pengundian awal masing-masing esok dan 31 Oktober.

    PRK DUN Jepak diadakan susulan kematian penyandangnya Datuk Talib Zulpilip pada 15 Sept lepas. – Bernama

    Petugas SPR melakukan persiapan akhir sempena proses penamaan calon esok bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) N.67 Jepak ketika tinjauan di Dewan Suarah Bintulu, kelmarin. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda