Sabtu, 22 November 2025
25.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Prob Bulan China capai orbit kompleks pertama dunia  

    HEFEI, 28 MEI — Satelit Tiandu-1 milik China telah menjadi prob pertama di dunia yang memasuki orbit resonant Bumi-Bulan khas, umum para saintis kelmarin.

    Satelit tersebut berjaya melengkapkan manuver orbit pada 22 Mei lalu dan memasuki apa yang digelar saintis sebagai ‘orbit resonant Bumi-Bulan 3:1’ selepas seminggu menjalani ujian.

    Orbit kompleks yang menyerupai kelopak bunga itu membolehkan Tiandu-1 melengkapkan tiga pusingan mengelilingi Bumi bagi setiap satu orbit oleh bulan, menghasilkan corak pergerakan yang tetap antara kedua-dua jasad angkasa tersebut.

    Menurut Makmal Penerokaan Angkasa Lepas Dalam, orbit ini mempunyai ciri mekanik khas yang memerlukan tenaga yang agak rendah untuk dikekalkan.

    Pencapaian ini menandakan satu mercu jaya dalam program penerokaan bulan China, dengan data penerbangan yang di kumpul akan menyokong kajian mengenai Navigasi dan kawalan kapal angkasa dalam persekitaran graviti yang kompleks.

    Para saintis berkata, teknologi orbit ini berpotensi memainkan peranan penting dalam pembangunan infrastruktur masa depan antara Bumi dan Bulan.

     Sekali gus, menyokong rancangan jangka panjang China untuk meneroka bulan secara lebih menyeluruh.

    Tiandu-1 dan Tiandu-2 telah dilancarkan pada Mac 2024 bersama satelit Queqiao-2.

    Kedua-dua prob itu telah melengkapkan beberapa ujian teknologi dalam orbit.

    Tiandu-1 akan meneruskan misinya yang dilanjutkan untuk mengesahkan teknologi utama bagi membangunkan sistem konstelasi Navigasi dan komunikasi antara Bumi dan Bulan. – Xinhua

    Gambar FREEPIK
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda