Friday, December 27, 2024
23.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Produk BMG mampu tingkat pengeluaran minyak sawit

    KUALA LUMPUR, 15 NOV – Biomicrogels Group (BMG) yang menghasilkan produk perahan minyak dipertingkatkan mengumumkan pelaksanaan dua produk baharu, Biomicrogel BMG-C4 dan BMG-SPO untuk digunakan di kilang minyak sawit seluruh Malaysia.

    BMG dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini berkata produk ini membentuk penyelesaian tunggal yang mudah disepadukan ke dalam proses teknologi dan memberi kesan positif kepada pengekstrakan minyak dengan meningkatkan produktiviti dengan ketara, mengurangkan kerugian dan meningkatkan daya maju ekonomi.

    “Produk boleh biodegradasi ini mengukuhkan komitmen syarikat terhadap amalan lestari,” katanya.

    Pengarah Pembangunan Perniagaan BMG, Igor Temirov berkata produk berkenaan telah dibangunkan untuk mengoptimumkan proses pengekstrakan minyak sawit sedia ada yang secara relatifnya kekal tidak berubah sejak 50 tahun lepas. – Bernama

    Gambar Envato Elements
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda