Tuesday, November 26, 2024
24.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Produk cangkerang jadi tarikan pelancong di Sudan

    PELABUHAN SUDAN, Sudan – Industri barangan antik, iaitu produk yang diperbuat daripada cangkerang laut semulajadi, merupakan satu cara untuk mempromosikan pelancongan di Pelabuhan Sudan, ibu kota Negeri Laut Merah di timur Sudan dan juga aktiviti perdagangan yang meningkat naik.

    Pada musim sejuk, Pelabuhan Sudan, kira-kira 870 kilometer dari timur ibu negara Sudan, Khartoum, telah menarik pelbagai pelusuk pelawat, yang tertarik dengan Eko Pelancongan dan Pesta Membeli-Belah Laut Merah, atau mencari kedamaian berhampiran Laut Merah sambil menikmati musim sejuk dan hujan di sana.

    Selama bertahun-tahun, barang-barang antik yang diperbuat daripada kulit laut telah berkembang menjadi produk tradisional yang membawa kemasyhuran kepada Pelabuhan Sudan. Industri itu bahkan telah menjadi aktiviti ekonomi dan perdagangan yang penting.

    Para pelawat di kota itu sentiasa berminat untuk mendapatkan barangan antik seperti cenderahati atau hadiah untuk ahli-ahli keluarga dan rakan-rakan mereka.

    Orang-orang yang mengusahakan di dalam industri barangan antik ini telah menggunakan cangkerang Laut Merah dan menjadikannya sebagai karya seni yang menarik dalam pelbagai bentuk dan kegunaan, seperti kotak tisu, pemegang kunci, rantai leher, dan peralatan kopi yang dihias.

    Belia Sudan menggunakan kerang laut untuk menghasilkan karya seni pelbagai bentuk di Pelabuhan Sudan, Negeri Laut Merah, Sudan. – Xinhua

    “Tugas kami bermula dengan mengumpulkan cangkerang dari pantai Laut Merah, membersihkannya, menambah beberapa bahan mentah, seperti kapas, perekat dan pelapis, dan kemudian menjadikannya barangan antik berdasarkan bentuk yang diilhamkan melalui alam sekitar seperti ikan laut dan burung-burung,” kata Euro August, seorang artis visual Sudan yang berasal dari Afrika Selatan, memberitahu Xinhua.

    “Barang-barang antik yang diperbuat daripada cangkerang ini adalah salah satu produk kebudayaan yang paling terkenal di Pelabuhan Sudan, yang mana juga dikenali sebagai budaya Laut Merah. Industri ini menyediakan hadiah berharga yang diperbuat daripada khazanah Laut Merah,” katanya.

    “Industri tradisional ini berkembang pesat dan telah menjadi aktiviti perniagaan penting dan juga pasaran yang menyediakan peluang pekerjaan kepada beribu-ribu golongan muda yang kini berminat untuk mempelajari asas-asas profesion warisan ini,” kata artis itu.

    Sementara itu, Ya’qoub Mohamed Osman, warga Sudan yang bekerja dalam industri ini, berkata Laut Merah menyediakan bahan mentah untuk menghasilkan barangan antik ini kepada pelbagai bentuk dan kegunaan.

    “Kami menggunakan kerang di pantai Laut Merah untuk menghasilkan barangan antik kepada pelbagai bentuk dan penggunaan, ” katanya kepada Xinhua.

    “Kami menggunakan tulang belakang ikan yu untuk membuat pemegang kunci, dan kami menggunakan kerang, yang dikenali warga tempatan sebagai Karkit, untuk menghasilkan kotak pencuci mulut dan kotak tisu. Kami juga menggunakan cangkerang laut lain untuk membuat pasu, bingkai gambar dan aksesori untuk wanita,” tambah Osman.

    Negeri Laut Merah adalah resort pelancongan paling terkenal di Sudan, dengan tempat pelancongan yang popular termasuk pantainya yang merupakan salah satu yang paling tulen di dunia, di samping pulau-pulau laut dan rizab alam semula jadinya.

    Tambahan pula, resort Laut Merah menikmati pelbagai kehidupan marin, terumbu karang dan aktiviti yang berkaitan dengan pelancongan seperti menyelam, fotografi bawah air dan memancing.

    Sebagai sebuah pelabuhan laut utama dan pintu timur Sudan, bandar pantai Pelabuhan Sudan, ia adalah rumah kepada 579,942 penduduk mengikut statistik tahun 2011,yang terletak di pantai barat Laut Merah, kira-kira dua meter di atas paras laut. – Xinhua

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda