CHEYENNE – Daripada cawan kopi sehinggalah pakaian koboi wanita, jaket dan lain-lain, Hari Frontier Cheyenne, sambutan tahunan yang diadakan selama 10 hari di negeri tersebut yang memaparkan gaya kehidupan masyarakat Amerika dirai dengan penuh kemeriahan dengan jualan pelbagai barangan semasa perayaan tersebut.
Pada waktu biasa, penjualan seumpama ini merupakan sesuatu perkara yang asing, namun selepas berlakunya sekatan perdagangan antara Amerika dan China yang membelenggu selama 13 bulan ini, gerai-gerai di Cheyenne, negeri Wyoming ini tidak menunjukkan sebarang keraguan bersama China.
“Kami tidak dapat menjalankan perniagaan kami tanpa produk China. Produk berkenaan memainkan peranan yang penting dalam membantu meningkatkan hasil penjualan kami pada setiap tahun. Saya tidak nampak apa-apa ketidakadilan yang dibuat oleh produk China. Mereka memenuhi keperluan kami dalam pelbagai cara,” Kata Linda Allen kepada Xinhua baru-baru ini.
Allen, yang merupakan salah seorang pemilik kedai di luar kawasan perayaan itu diadakan, berkata produk-produk China yang dijual adalah seperti pakaian sutera, jam dan cermin kosmetik, kad, barangan kemas, botol minuman dan topi. Kesemuanya merupakan produk utama yang telah dijalankan selama 11 tahun.
Beliau berkata bahawa kedainya tidak mempunyai sebarang masalah berikutan sekatan perniagaan antara Amerika dan China dan penjualan bagi harga produk China masih tidak berubah setakat ini.


“Kami berada di sini untuk menyambut gaya hidup Amerika,” kata Jimmy Tolford, bekas pemandu trak yang sudah bersara.
Trump telah memenangi Wyoming pada tahun 2016 semasa pilihan raya presiden dengan 46 mata terhadap pencabar Demokrat, Hillary Clinton.
Bendera Amerika dan topi yang tertera perkataan ‘Make America Great Again,’ dilihat digunakan oleh pelawat yang berkunjung ke perayaan tersebut.
Acara yang diadakan bermula 19 hingga 28 Julai itu sering kali menarik ramai pengunjung sejak tiga tahun yang lalu. Namun tiada seorang pun yang berkata ‘tidak’ terhadap produk buatan China.
“Kami tidak peduli dengan perang niaga di antara presiden dengan negara China,” kata Joe Hawkins, seorang peladang dari Denver dari kota Colorado.
Hawkins dan dua orang anak perempuannya telah menghabiskan masa beberapa jam berjalan-jalan di sekitar puluhan gerai di dalam sebuah kampung kecil replika berusia 100 tahun iaitu ‘ Bandar Frontier’ semasa perayaan oitu.
Salah seorang anaknya juga membeli topi yang diperbuat daripada ‘Ningbo, China’ semasa berkunjung ke situ.
“Anda tidak akan dapat mengalahkan harga dan kualitinya yang amat baik,” Hawkins memberitahu Xinhua.
Sementara itu, Claire Fraley, yang bekerja di sebuah kedai produk semasa Hari Frontier Cheyenne itu memberitahu kepada Xinhua bahawa beberapa produk yang dijual di sini adalah buatan China, termasuk alat permainan seperti pistol dan trak, cawan seramik dan payung.
“Produk China ini terkenal bagi pelanggan Amerika kerana kualitinya yang tinggi dan harga yang berpatutan. Kami selalu berharap untuk mendapatkannya dengan lebih banyak lagi pada masa akan datang,” katanya.
Negara berhampiran, Harrington, antara penyokong Trump, telah menjual karpet yang berwarna warni dengan gambar kuda dan Amerika Barat dari kedai Eaglehawk Rugs.
“Apabila ia mengenai perniagaan, saya tidak kira jika anda dari China atau Mexico,” kata Harrington kepada Xinhua. “Kami merupakan masyarakat kapitalis dan saya berada di sini untuk menjana pendapatan,” jelasnya. – Xinhua