Thursday, February 6, 2025
22.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Produk Daerah Temburong dipamerkan

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 29 Nov – Produk-produk yang diusahakan oleh ahli-ahli majlis perundingan mukim dan kampung Daerah Temburong dan penduduk kampung di daerah berkenaan amnya kini dipamerkan di Kompleks Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah sehingga awal Disember.

    Jualan Produk Kampung Daerah Temburong telah dirasmikan hari ini oleh Setiausaha Tetap (Bandaran dan Daerah), Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Awang Salminan bin Haji Burut selaku tetamu kehormat majlis.

    Antara produk kampung yang dijual sepanjang jualan berkenaan termasuk kraf tangan, makanan, kuih-muih tradisi, telur masin dan sebagainya.

    Selain daripada itu, pelbagai acara atau aktiviti sampingan juga diadakan seperti permainan tradisi, peraduan mewarna, pakaian tradisi, demonstrasi kraf tangan dan makanan tradisi dan sebagainya.

    Awang Salminan semasa merasmikan pesta jualan produk kampung Daerah Temburong, kelmarin.
    Sebahagian produk yang dijual pada pesta berkenaan.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda