BANDAR SERI BEGAWAN, 9 APRIL – Kementerian Kesihatan memaklumkan orang ramai supaya tidak menggunakan produk Evo-7 Japan Sachet yang telah didapati dicemari dengan ubat-ubatan barat yang tidak diisytiharkan. Hasil daripada ujian makmal Bahagian Farmasi, Jabatan Perkhidmatan Saintifik, Kementerian Kesihatan, produk yang dikilangkan oleh Evo Freedom International Sdn Bhd itu dicemari dengan tadalafil. Kementerian Kesihatan menjelaskan