Produk Israel mesti dilabel – EU

BRUSSELS, 12 NOV – Produk makanan dari wilayah Israel mesti dilabel dengan jelas untuk mengelak mengelirukan pengguna, mahkamah tertinggi Kesatuan Eropah ( EU) memutuskan hari ini, terutamanya jika mereka datang dari petempatan di sana.

Mahkamah Keadilan Eropah berkata, di bawah peraturan EU mengenai label makanan, ia mesti jelas di mana produk berasal supaya pengguna boleh membuat pilihan berdasarkan ‘pertimbangan etika dan pertimbangan berhubung pematuhan undang-undang antarabangsa.”

Keputusan itu keluar selepas tribunal Perancis meminta penjelasan peraturan mengenai label barangan dari Tebing Barat, termasuk timur Baitulmaqdis, yang dianggap oleh masyarakat antarabangsa tanah Palestin diduduki, serta Golan Heights, yang dirampas oleh Israel dari Syria pada 1967.

“Barangan makanan berasal di wilayah yang diduduki oleh Kerajaan Israel mesti menunjukkan asal-usul wilayah di mana makanan datang dari petempatan Israel dalam wilayah itu,” kata ECJ, dalam satu kenyataan ketika mengumumkan keputusannya.

Mahkamah berkata melabel produk sebagai dari ‘Negara Israel’ apabila mereka datang dari wilayah yang diduduki oleh Negara itu dan tertakluk kepada bidang kuasa terhad mengenai undang-undang kemanusiaan antarabangsa mungkin mengelirukan pengguna.

“Mahkamah menekankan dalam hubungan itu, pertimbangan mungkin mempengaruhi keputusan pembelian pengguna,” kata ECJ. Mahkamah menambah peraturan EU 2011 mengenai label barangan asal bertujuan membenarkan pengguna membuat ‘pilihan bukan sahaja berdasarkan kesihatan, ekonomi, alam sekitar dan sosial tetapi juga pertimbangan etika dan pertimbangan mengenai pematuhan undang-undnag antarabangsa.’ – AFP