Hari Bumi memberi peringatan kepada semua untuk memberi tumpuan kepada isu alam sekitar di bumi dan untuk menekankan usaha yang sedang dilakukan bagi melindunginya.
Tarikh rasmi tahun ini ialah 22 April, tetapi kempen, program dan rangkaian produk untuk memperingati peristiwa tersebut sedang dijalankan secara berterusan.
Jenama fesyen dan kecantikan di seluruh dunia telah mengambil langkah untuk mengurangkan penggunaan berlebihan dan menambah baik komponen kemampanan dalam pengeluaran, pembuatan, penghantaran dan sebagainya.
TINGKAT PERTUMBUHAN FESYEN
Salah satu platform berbilang jenama telah menawarkan destinasi sehenti untuk pakaian dan aksesori yang mampan serta dibuat secara beretika menyokong etika label, pencipta dan pereka.
Mereka berkongsi visi yang sama dan membuka jalan kepada fesyen yang bergerak perlahan, melalui kempen seperti Kempen Bulan Bumi – ‘Gemaan Bumi’.
Inisiatif yang bertujuan untuk meningkatkan kesedaran tentang isu-isu alam sekitar dan masyarakat yang mendesak sambil menyokong perubahan positif, di mana ia diadakan sepanjang bulan April termasuk kedai konsep pop-up dan pameran gambar yang dipilih serta disusun oleh para kreatif tempatan.
Sebuah jenama kecantikan telah bekerjasama dengan Earthday.org menerusi platform bersama dengan pelbagai pihak untuk menyebarkan berita tentang kemampanan alam sekitar, bekerja dengan wanita terpinggir untuk mencipta produk menggunakan tekstil kitar semula; dan mengitar semula sisa plastik untuk dijadikan perabot serta perkakas rumah.
MEMULIHARA BIODIVERSITI
Salah sebuah organisasi dan jenama perintis dalam kecantikan dan kebersihan, turut bekerjasama dengan Earthday.org, untuk bergabung tenaga bagi melindungi lautan dan penduduk.
Tema Earthday.org untuk Hari Bumi 2024, Bumi Menentang Plastik, telah menyeru untuk memberi kesedaran meluas tentang kesihatan dan risiko plastik bumi, di mana ia menuntut pengurangan 60 peratus dalam pengeluaran semua jenis plastik menjelang 2040.
Organisasi dan jenama itu menyasarkan untuk menjangkau berjuta-juta orang di seluruh dunia bagi bekerjasama menyokong dan memulihkan biodiversiti.
Koleksi sedia ada jenama itu dihasilkan dengan rakan kongsi yang menggunakan amalan pengilangan hijau, membekalkan pembungkusan yang mementingkan alam sekitar dan menggunakan bahan-bahan sumber bertanggungjawab yang memberi pulangan kepada petani dan komuniti mereka.
PRODUK MESRA BUMI
Cara untuk mengurangkan pembaziran dan penggunaan berlebihan bermula dengan produk, dan banyak jenama menuju ke arah yang tepat melibatkan kecantikan.
Produk kecantikan dan gaya hidup mampan yang merangkumi intipati aromaterapi komited terhadap pertanian organik dan prinsip perdagangan adil, di mana ia menekankan dedikasinya terhadap kemampanan.
Produk seumpama itu secara berterusan menyokong sumber beretika dan proses pembuatan mesra alam yang memberi manfaat kepada manusia dan bumi ini.
Sebuah produk Malaysia telah membawa penjagaan kulit ke tahap baharu melalui inisiatif pembungkusan yang mementingkan alam sekitar untuk memperkasakan pengguna yang mengutamakan penjagaan diri dan kelestarian alam sekitar dengan pilihan hijau.
Diperbuat dengan 100 peratus gentian tumbuhan semula jadi, helaian yang dakap pada kulit dan hypoallergenic di samping mempunyai kebolehkomposan penuh, menjadikannya pilihan yang mesra alam.
Setiap komponen topeng muka direka untuk kebolehkitaran semula termasuk uncang plastik yang secara tradisinya dialas dengan aluminium menjadikannya mudah untuk dibuka.
Dari segi kosmetik, terdapat juga produk yang menetapkan piawaian untuk produk kecantikan yang boleh diisi semula.
Bagi melindungi bumi ini, mereka berusaha untuk mencipta pembungkusan mesra alam yang diperbuat daripada unsur tunggal iaitu 100 peratus aluminium.
Selain itu, terdapat juga jenama yang menggunakan jagung bukan GMO, bebas gluten, di samping alat isi semula bagi solekan pipi telah memudahkan untuk menggantikan warna pipi awda apabila ia habis.
Ini menjimatkan pembungkusan dan mengurangkan sisa, di mana ia merupakan penyelesaian mampan yang diguna pakai oleh lebih banyak jenama kerana industri kecantikan menumpukan lebih banyak usaha untuk menyelamatkan bumi ini. – ANN/The Star