Oleh Rafidah Jumat
BANDAR SERI BEGAWAN, 26 April – Ghanim International Corporation Sdn Bhd terus berusaha keras dalam memperkembangkan lagi produk keluarannya dengan memperkenalkan produk keropok ikan yang diperbuat daripada ikan tuna sirip kuning segar yang ditangkap di perairan Brunei.
Pelancarannya telah disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Ghanim International Corporation, Dr Nur Rahman dan Pengurus Jualan dan Pemasaran CKC Indofood Sdn Bhd, Louis Choo pada majlis yang diadakan di Jaya Hypermart, Gadong hari ini. Keropok ikan ini merupakan kesinambungan daripada berbagai-bagai keropok makanan laut bruneihalalfoods.
Tekstur yang rangup digabung dengan rasa ikan yang sedap adalah tambahan sempurna bagi makanan bruniehalalfoods yang sedia ada, yang mana ia menggambarkan warisan snek tempatan yang pastinya akan digemari ramai.
Keropok ikan ini adalah sebahagian daripada strategi pengembangan produk bruneihalalfoods untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat daripada pelanggannya.
