Jumaat, 21 November 2025
Klik Lagi

    Produk kesihatan, kecantikan dijual berleluasa di media sosial

    Kandungan berkaitan produk kesihatan dan kecantikan yang dijual dalam platform media sosial seperti TikTok, Instagram dan juga Facebook kini semakin berleluasa dan sepertinya tidak terkawal.

    Hal ini juga dapat dilihat ketika saya membaca kumpulan sembang kampung (Group Chat) dalam WhatsApp untuk mencari penjual nasi dan kuih-muih.

    Saya terkilan kerana kandungan dalam kumpulan tersebut bercampur aduk dengan iklan jualan barangan yang tidak sepatutnya.

    Lebih membimbangkan, ada dalam kalangan produk yang diiklankan itu tidak mendapat kelulusan pihak berkuasa dan boleh memudaratkan kesihatan pengguna.

    Jikalau barangan kecantikan mungkin masih boleh diterima, namun terdapat juga penjual yang berkongsi iklan barangan untuk orang dewasa, yang tidak sesuai dan tidak senonoh untuk dilihat, terutama dalam kumpulan sembang yang turut disertai oleh pelbagai lapisan masyarakat.

    Situasi ini bukan sahaja mengganggu tujuan asal kumpulan tersebut tetapi juga menimbulkan ketidakselesaan dalam kalangan ahli yang tidak berminat dengan kandungan sedemikian.

    Jika penjual hanya ingin mengaut keuntungan tanpa mengambil kira sifat kemanusiaan dan tanggungjawab terhadap kesejahteraan serta kesihatan pengguna, saya harap pihak berkuasa dapat mengambil tindakan segera untuk menyekat dan mengesan sumber barangan tersebut.

    Langkah ini penting bagi memastikan produk yang dijual tidak membahayakan pengguna dan melindungi masyarakat daripada ditipu oleh penjual yang tidak bertanggungjawab.

    Akan tetapi warga maya turut dinasihatkan agar jangan mudah terpedaya dengan kandungan iklan mencurigakan yang sering disertakan dengan testimoni dan video-video yang amat meyakinkan.

    Mawar S.

    Gambar Envato

    Kata Kunci

    Popular

    Nasional

    BMC anjur kempen derma darah

    36 individu ditahan dalam Ops Tapis di Sibu

    Lukisan Frida Kahlo dilelong AS$54.6 juta

    Berita Berkaitan

    BMC anjur kempen derma darah

    Oleh Salawati Haji Yahya BANDAR SERI BEGAWAN, 21 NOV –...

    Sinaran Mas raikan graduasi dan ulang tahun ke-30

    Oleh Salawati Haji Yahya BANDAR SERI BEGAWAN, 21 NOV –...

    Sharnaaz Ahmad ‘tegur’ duda ikut trend Jamilah

    Pelakon Sharnaaz Ahmad menegur golongan duda yang terlalu asyik...

    Pelajar Tahun 6 SR YSHHB meriahkan aktiviti selepas PSR

    Oleh Salawati Haji Yahya BANDAR SERI BEGAWAN, 21 NOV –...

    Terkini

    BMC anjur kempen derma darah

    Oleh Salawati Haji Yahya BANDAR SERI BEGAWAN, 21 NOV –...

    36 individu ditahan dalam Ops Tapis di Sibu

    SIBU, 21 NOV - Polis Daerah Sibu berjaya menahan...

    Lukisan Frida Kahlo dilelong AS$54.6 juta

    NEW YORK, 21 NOV – Sebuah potret diri oleh...

    Gempa bumi magnitud 5.5 landa Bangladesh

    DHAKA, 21 NOV — Gempa bumi dengan magnitud awal...