Ahad, 23 November 2025
24.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Produk kosmetik Chriszen masuk pasaran Brunei

    Oleh Yusrin Junaidi –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 22 FEB – Jenama kosmetik Malaysia, Chriszen kini memasuki pasaran Brunei menerusi Guardian Brunei dan boleh didapati di kesemua cawangannya.

    Jenama Malaysia itu memperkenalkan produknya semasa Majlis Pelancaran Chriszen di Guardian cawangan Rimba Point, baru-baru ini.

    Hadir melancarkan produk berkenaan ialah Pengarah Urusan dan Pengasas Bersama Chriszen, Mandy Leong. Turut hadir ialah wakil dari Guardian dan pempengaruh kosmetik malaysia, Bella Park.

    Pelancaran dan perkenalan produk Chriszen itu merupakan kerjasama eksklusif dengan pempengaruh kosmetik Malaysia.

    Dua produk berkolaborasi eksklusif adalah Chriszen x Bella Park Make Up Setting Spray dan pembayang mata Chriszen X Bella Park Love of My Life.

    Mandy Leong memotong reben bagi menyempurnakan pelancaran produk Chriszen bersama Bella Park dan Jennifer. – GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI
    Antara produk Chriszen yang boleh didapati di kesemua cawangan Guardian. – GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI

    Mandy Leong ketika ditemu bual Media Permata berkata bahawa Chriszen merupakan jenama kosmetik dan penjagaan kulit yang ditubuhkan pada 2014 dan sangat sesuai dengan kulit wanita di Asia Tenggara.

    Beliau turut melahirkan perasaan gembira kerana Chriszen kini boleh didapati di pasaran Brunei mudah diakses semua wanita di negara ini.

    “Kami mahu memberikan keyakinan dan memperkasakan wanita Brunei dengan menyediakan produk yang inovatif dan kreatif,” katanya.

    Beliau menambah bahawa jenama itu menawarkan harga yang berpatutan dan mampu milik bagi pelanggan Brunei.

    Manakala itu, Ketua Perniagaan Guardian Brunei, Jennifer Yang pula berkata, “Sebagai penyedia kesihatan dan kecantikan terkemuka di pasaran Brunei, kami sentiasa teruja untuk membawa jenama kecantikan terbaik di seluruh Asia dan Chriszen ialah salah satu jenama paling kreatif dan berkualiti dari Malaysia.

    “Kajian dan pembangunan mereka untuk warna kulit wanita Asia Tenggara adalah berbeza dan menakjubkan. Kami benar-benar gembira menjadi rakan kongsi strategi jenama berkenaan di Brunei,” tambahnya.

    Chriszen telah menerima pelbagai anugerah seperti Jenama Kesihatan Super semasa Majlis Jenama Kecemerlangan Terunggul Asia Pasifik (APC) ke-14.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda