Thursday, December 26, 2024
24.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Produk kosmetik tercemar

    BANDAR SERI BEGAWAN, 12 OKT – Kementerian Kesihatan memaklumkan bahawa hasil ujian makmal Bahagian Mikrobiologi, Jabatan Perkhidmatan Makmal Saintifik, produk Herborist – Bali Boat After Sun Gel yang dikilangkan oleh PT Victoria Care Indonesia telah didapati dicemari dengan mikrob yang melebihi had keselamatan.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan, di sini, hari ini, hasil pemantauan yang dijalankan terhadap produk kosmetik di pasaran telah mendapati produk tersebut dicemari dengan bakteria aerobik, yeast dan mould melebihi had keselamatan.

    Pencemaran mikrob di dalam produk kosmetik boleh membawa kepada risiko jangkitan dan juga risiko kesan advers kepada pengguna.

    Berikutan hasil dapatan ini, produk berkenaan dengan nombor bac M0208A1 adalah tidak lagi dibenarkan untuk diimpot dan dijual di Negara Brunei Darussalam.

    Pengimpot produk tersebut telah pun dimaklumkan dan telah diarahkan untuk menarikbalik produk tersebut dari pasaran.

    Sehubungan dengan itu, Kementerian Kesihatan menasihatkan orang ramai yang telah membeli atau menggunakan produk tersebut untuk memberhentikan penggunaannya dengan serta merta.

    Jika pengguna mengalami kesan advers dan merasa tidak sihat selepas menggunakan produk berkenaan, adalah dinasihatkan untuk berjumpa doktor dengan segera.

    Kementerian Kesihatan mengingatkan bahawa penjualan produk tersebut (termasuklah secara online seperti Facebook dan sebagainya) adalah menjadi satu kesalahan di bawah Peraturan Ubat (Produk Kosmetik), 2007. Jika didapati bersalah boleh didenda tidak melebihi $5,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.

    Produk Herborist-Bali Boat After Sun Gel telah didapati dicemari dengan bakteria aerobik, yeast dan mould melebihi had keselamatan.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda