Wednesday, October 16, 2024
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Produk kraf Iban perlu daftar hak cipta

    KUCHING, 23 OGOS – Produk kraf kaum Iban perlu didaftarkan dengan Jabatan Warisan Negara bagi melindungi hak cipta, kata Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

    Beliau berkata pendaftaran hak cipta penting bagi melindungi dan mengekalkan seni budaya kaum berkenaan untuk generasi akan datang kerana merupakan satu daripada identiti negara.

    “Inventori kraf penting bagi melindungi warisan budaya dan mempromosikan tradisi kraf tangan.

    “Ia juga penting kerana mencerminkan sejarah, nilai dan tradisi sesuatu budaya,” katanya berucap pada majlis Penyampaian Sijil dan Hadiah Pertandingan Kraftangan Iban Women Charitable Trust (IWCT) di sini hari ini.

    Uggah berkata strategi penjenamaan dan pemasaran yang berkesan juga penting dalam mempromosikan kraf tangan Iban sama ada di dalam dan luar negara.

    “Menyertai pameran kraf tangan dan memanfaatkan platform digital bagi jualan secara dalam talian mungkin sebahagian daripada strategi,” tambahnya. – Bernama

    Timbalan Premier Sarawak melihat keunikan produk kraf yang memenangi anugerah pada Majlis Penyampaian Sijil dan Hadiah Pertandingan Kraftangan IWCT di Kuching, kelmarin. – Bernama

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda