Oleh Sim Y. H. BANDAR SERI BEGAWAN, 19 JUN – Orang ramai diseru untuk tidak menggunakan produk kosmetik BrilliantSkin Essentials-Whitening Facial Cream-Maintenance Cream dari Filipina kerana hasil ujian makmal Bahagian Farmasi, Jabatan Perkhidmatan Saintifik, Kementerian Kesihatan, mendapati bahawa produk berkenaan dicemari dengan bahan terlarang yang tidak diisytiharkan iaitu tretinoin. Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian