GENEVA, 23 MAC – Produk mesra alam seperti kereta elektrik dan turbin angin telah mendominasi trend terkini dalam perniagaan global keseluruhan, yang terus menunjukkan pertumbuhan kukuh, kata Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB)hari ini.
Perniagaan global meningkat kepada AS$32 trilion pada 2022 sebelum berubah dalam separuh tahun kedua di tengah kemerosotan keadaan ekonomi dan ketidakpastian pasaran dunia.
Pertumbuhan perniagaan global dijangka meleset dalam separuh tahun pertama tahun ini, kata agensi pembangunan dan perniagaan PBB, UNCTAD.
Namun dalam satu laporan, ia berkata setakat ini perniagaan dalam ‘produk hijau’ telah menguasai trend.
“Ia menaruh harapan prestasi kukuh perniagaan dalam ‘produk hijau’, dengan pertumbuhannya kekal kukuh sepanjang tahun 2022, kata agensi dalam satu kenyataan.
Barangan hijau merujuk kepada produk seperti kereta elektrik atau pembungkusan bukan plastik bertujuan mengurangkan penggunaan sumber atau melepaskan pencemaran yang kurang berbanding produk tradisional.
Perniagaan dalam barangan berkenaan meningkat kira-kira 4 peratus dalam separuh tahun kedua 2022, dengan nilai gabungan mencecah AS$1.9 trilion pada akhir tahun, kata UNCTAD, lebih AS$100 bilion berbanding 2021.
Antara produk yang mencatat prestasi kukuh adalah kenderaan elektrik dan hibrid, yang melihat perniagaan meningkat 25 peratus tahun lalu; bungkusan bukan plastik meningkat 20 peratus dan turbin angin naik 10 peratus. – AFP