Friday, March 21, 2025
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Produk pelancongan Labuan, Sabah, Sarawak bakal digabung

    LABUAN, 5 Feb – Produk pelancongan Labuan perlu digabungkan dengan pakej pelancongan Sabah dan Sarawak bagi memajukan lagi sektor pelancongan di pulau dalam jangka masa panjang, kata anggota Parlimen Labuan Datuk Rozman Isli.

    Menurut beliau, kedudukan strategik pulau ini, yang berada dalam kawasan pelancongan utama di dua negeri itu, menjadikannya mudah dikunjungi pelawat tempatan dan asing.

    “Jika kita lihat lokasi Labuan, ia terletak berhampiran dengan tempat pelancongan popular seperti Klias Wetland, Beaufort, Sabah, yang terkenal dengan populasi monyet proboscis, kelip-kelip dan keunikan Gua Mulu di Sarawak.

    “Produk pelancongan sedia ada kami dipakejkan dengan cukup baik supaya sejajar dengan yang terdapat di Sabah dan Sarawak,” katanya.

    Beliau berkata demikian kepada pemberita setelah melepaskan peserta acara ‘Bukit Kubong Extreme Sport Game” dan “Bicycle Fun Ride” di Kampung Lubok Temiang di sini hari ini.

    Rozman berkata ketersambungan Labuan yang lebih baik dengan tanah Besar Sabah, Sarawak dan Brunei, terutama penambahan perkhidmatan feri daripada satu kepada lima buah sekarang, amat baik untuk sektor pelancongannya.

    Pengerusi Perbadanan Labuan (LC) itu berkata cadangan menggabungkan Pejabat Kementerian Pelancongan Labuan dengan Kementerian Pelancongan di peringkat persekutuan dilaksanakan bagi menjamin agar program pelancongan dapat berjalan dengan lancar. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda