Saturday, April 26, 2025
24.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Produk pembasmian kuman pada eskalator dicipta

    COLOGNE, 26 APRIL – Dua gadis Jerman yang pernah mempatenkan idea nyahjangkit pemegang tangan eskalator menggunakan sinar ultralembayung (UV) ketika mereka di bangku sekolah, kini boleh berbangga selepas produk mereka menjadi terkenal di seluruh dunia.

    Rakan baik sejak tadika, Tanja Nickel dan Katharina Obladen, berjaya mengembangkan produk perintis lebih sedekad lalu, apabila produk dikenali UVIS itu terus mendapat perhatian seluruh dunia, terutama untuk disinfeksi butang lif, troli pasar raya dan pemegang tangga eskalator.

    “Semua orang mahukan segera produk itu,” kata Obladen, 28 ketika ditemui AFP di kilang syarikat mereka di tengah bandar raya Cologne.

    “Wabak itu membuatkan industri perniagaan menyedari mereka perlu melabur terhadap langkah menjaga kebersihan diri, demi keselamatan kakitangan dan pelanggan.

    “Ini sekali gus berubah kepada produk yang mesti dimiliki,” katanya.

    Ketika ini, Jerman mula melonggarkan perintah berkurungnya, menerima permintaan menggalakkan daripada kedai, pejabat dan kafetaria yang mahu operasi mereka dibuka semula.

    Diinspirasikan oleh penggunaan radiasi UV di New York bagi pensterilan air minuman, mereka mencipta bentuk kotak sinar UV yang dapat dibina dalam eskalator untuk membasmi kuman pada pemegang eskalator, dengan radiasi yang memusnahkan DNA mikro-organisma penyebab penyakit.

    Mereka seterusnya meminta bantuan keluarga mereka untuk memfailkan paten. – AFP

    Katharina Obladen menguji satu modul di bengkel mekanik UVIS UV-Innovatif Solutions di Cologne, barat Jerman. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda