Saturday, January 11, 2025
30.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Produk Swisse dilancarkan di Guardian

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 31 JULAI – Health and Happiness (H&H) Singapura dengan kerjasama Guardian Brunei, hari ini, melancarkan produk kesihatan Swisse di Guardian Brunei, Rimba Point, Rimba.

    Hadir menyempurnakan pelancaran ialah Timbalan Pesuruhjaya Tinggi Australia ke Brunei Darussalam, Chintana Vongpaseuth.

    Turut hadir ialah Ketua Guardian Brunei, Jennifer Yang; Ketua Pegawai Eksekutif Swisse Wellness bagi Asia, Australia dan New Zealand, Nick Mann dan para jemputan khas dari Swisse dan Guardian Brunei.

    Jenama Swisse telah diperkenalkan di Australia sejak 53 tahun lalu, dan menawarkan produk kesihatan seperti multivitamin, dan pelbagai produk penjagaan kulit, kesihatan dan kecantikan yang terbukti dari segi sains.

    Produk-produk yang dilancarkan terdiri daripada Multivitamin E-Sential yang disasarkan untuk pasaran pengguna Asia, dan produk-produk seperti Hair Skin Nails, Liver Detox, Kalsium+Vitamin D dan Vitamin C Effervescent.

    Menurut Jennifer Yang, Guardian Brunei sangat teruja untuk bekerjasama dengan H&H untuk membawakan produk jenama terbaik bertaraf dunia dan menawarkan produk berkualiti tinggi untuk memenuhi keperluan kesihatan dan kesejahteraan isi rumah rakyat dan penduduk Brunei yang semakin meningkat.

    Chintana Vongpaseuth melihat lebih dekat produk yang dipamerkan di Guardian.
    Pihak pengurusan semasa melancarkan minuman multivitamin jenama Swisse di Guardian Rimba Point, kelmarin.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda