Thursday, February 6, 2025
25.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Produk syariah tingkat jumlah perniagaan

    SHAH ALAM, 30 Nov – ORIX Leading Malaysia Bhd menjangkakan produk patuh Syariah yang dilancarkan hari ini – i-Rental, i-Pajakan dan i-Hire Purchase – akan meningkatkan jumlah dan pendapatan perniagaannya.

    Ketua Pegawai Eksekutifnya Hiroshi Inui berkata produk yang menawarkan skop perkhidmatan kewangan yang luas kepada para pelanggan itu dilancarkan sejajar dengan permintaan yang kukuh untuk produk Shariah di Malaysia.

    “Kira-kira 80 peratus daripada pelanggan kami terdiri daripada industri kecil dan sederhana, dan permintaan untuk produk-produk dalam sektor ini mendapat permintaan yang tinggi buat masa ini,” katanya kepada pemberita selepas pelancaran produk itu oleh Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Lee Chee Leong, di sini hari ini.

    Turut hadir Pengerusi ORIX Tunku Naquiyuddin Tuanku Jaafar.

    Gambar menunjukkan Datuk Lee Chee Leong (tengah) ketika melancarkan Produk Pem-biayaan Patuh Syariah ORIX Leasing Malaysia Berhad (OLM) hari ini. – Bernama

    Inui berkata menerusi pelancaran produk terbabit, hasil syarikat itu dijangkakan meningkat sebanyak lima peratus pada tahun pertama dan dua angka seterusnya.

    Sementara itu, Lee berkata, pelancaran tiga produk patuh Syariah itu tepat pada masanya ketika pasaran kewangan Islam Malaysia mengalami pertumbuhan yang ketara.

    “Segmen kewangan Islam mencatatkan pertumbuhan dua digit pada dekad lepas walaupun kedudukan dunia yang mencabar. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda