Wednesday, February 5, 2025
23.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Produk terbaharu Acer Predator diperkenal

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 30 MAC – Barisan perisian permainan komputer Acer Predator sudah sinonim sebagai jenama permainan komputer yang unggul dan mampu milik.

    Dalam hubungan itu, Concepts Computer telah memperkenalkan pelbagai barisan perisian dan aksesori komputer Acer Predator daripada monitor hingga ke kerusi bagi suku pertama 2021.

    Di antara yang menarik ditawarkan ialah barisan monitor Acer Predator yang meliputi skrin 27 inci hingga 43 inci. Bagi skrin 27 inci, dua jenis model ditawarkan iaitu Acer Predator XB273UGS dan Acer Predator XB273UGX. Bagi skrin 34 inci pula ialah Acer Predator X34P, Acer Predator X35 dan Acer Predator CG437K di mana kesemua monitor Acer Predator mempunyai liputan jaminan selama tiga tahun.

    Selain daripada itu, perisian dan aksesori permainan komputer Acer Predator lain yang turut diperkenalkan ialah barisan tetikus Acer Predator Cestus termasuk Cestus 310 dan Cestus 330.

    Manakala itu, bagi para pemain permainan komputer yang inginkan pengalaman Acer Predator yang lengkap, mereka boleh mendapatkan komputer, Acer Predator Orion 3000 i7 Intel processor yang dikuasai oleh nVidia GeForce RTX2060.

    Sementara itu, bagi mereka yang berkeinginan untuk bermain dengan selesa, boleh mendapatkan kerusi Acer Predator edisi terhad di mana setiap pembelian akan mendapat beg sikut eksklusif Acer Predator.

    Menurut Pengurus Besar Concepts Computer, Vincent Pao bagi menyokong pemain-pemain permainan komputer di Brunei, pihaknya akan sentiasa menawarkan pelbagai produk permainan komputer yang mampu milik di Brunei.

    Vincent Pao (tengah) dan Zul Abdul Rahman (kiri) menunjukkan barisan produk jenama Acer Predator yang kini terdapat di Concepts Computer.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda