Saturday, March 15, 2025
31.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Profesor Cina hilang di Jepun telah kembali

    TOKYO, 14 MAC – Seorang ahli akademik China di universiti Jepun yang hilang dalam perjalanan pulang lebih setahun lalu telah kembali ke Jepun, kata jurucakap universiti hari ini.

    Profesor Kesusasteraan dan Linguistik Cina di Universiti Kobe Gakuin di barat Jepun, Hu Shiyun, hilang ketika beliau melawat tanah airnya pada musim panas 2023 dan mencetuskan kebimbangan tentang keselamatannya.

    Universiti itu pertama kali dimaklumkan pada September 2023 oleh keluarga Hu di Jepun bahawa dia tidak dapat dihubungi sejak melancong ke China pada atau selepas Ogos, kata jurucakap sekolah itu, Yoichi Takamura kepada AFP.

    “Kemudian dia memberitahu kami bahawa dia pulang ke Jepun pada 24 Januari,” katanya.

    “Universiti itu pernah bertanya tentang apa yang dilakukannya semasa berada di China, tetapi tidak menerima sebarang jawapan daripadanya,” tambah Takamura.

    Hu mengajar bahasa, budaya dan masyarakat Cina di fakulti komunikasi global sejak tahun 2015, menurut laman web universiti itu. – AFP

    Gambar Envato
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda