Profesor undang-undang dilantik menteri keadilan baharu

SEOUL, 9 SEPT – Seorang profesor undang-undang memulakan tugasnya sebagai menteri keadilan Korea Selatan setelah menerima kelulusan daripada presiden hari ini, meskipun siasatan berterusan oleh pendakwa kerajaan dalam dakwaan salah laku oleh isterinya.

Cho Kuk dilantik untuk menyandang jawatan itu oleh Presiden Moon Jae-in, kata Rumah Biru, dengan mandat untuk memperbaharui pejabat pendakwa.

Cho dinamakan pada bulan lalu oleh presiden, sendiri seorang bekas peguam hak asasi manusia sebagai calon untuk memimpin kementerian tersebut.

Namun proses pengesahan menjadi isu pepecahan apabila soalan dikemukakan berhubung persekolahan anak perempuan Cho dan pelaburan saudaranya dalam dana ekuiti persendirian yang disyaki mempunyai operasi yang mencurigakan.

Pegawai dari pejabat pendakwaan yang dipimpin oleh Cho telah menjalankan beberapa serbuan dalam tempoh dua minggu lalu berhubung skandal berkenaan.

Pada minggu lalu, isterinya, profesor Chung Kyung-sim, disabit kerana memalsukan anugerah kolej untuk anak perempuannya.

Presiden Moon mengaku dalam satu kenyataan yang disiarkan di televisyen hari ini bahawa timbulnya ‘perselisihan’ di antara pengkritik dan penyokong Cho, menambah beliau berasa ‘menderita’ berhubung keputusan itu.

Namun beliau berkata beliau berpegang kepada pilihan tersebut disebabkan ia akan menunjukkan ‘contoh buruk’ sekiranya beliau menggugurkan pencalonan Cho apabila masih belum terbukti bahawa Cho telah melanggar undang-undang. – AFP

Menteri Keadilan Korea Selatan yang baharu dilantik Cho Kuk (tengah) memberikan penghormatan ketika upacara pelantikannya di kementerian di Gwacheon, kelmarin. – AFP