Oleh Salawati Haji Yahya – BANDAR SERI BEGAWAN, 12 NOV – Biro Wanita Majlis Perundingan Kampung (MPK) Sengkurong B, hari ini, telah mengadakan Majlis Khatam Al-Quran bagi Program Membaca Al-Quran Dua Muka Satu Hari (2M1H) yang berlangsung di Dewan Kemasyarakatan Mukim Sengkurong. Program 2M1H julung kalinya diadakan oleh biro tersebut melalui inisiatif jawatankuasa tertinggi berserta