Sunday, May 11, 2025
29.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Program bantu pegawai PPDB naik taraf kemahiran

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 5 OKT – Seramai 15 orang pegawai kanan Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) yang mempunyai pengalaman bertugas lebih dari 10 tahun dalam pelbagai bidang akan mengikuti program yang akan berjalan selama lima minggu sepenuh masa iaitu empat minggu pembelajaran teori dan satu minggu pembelajaran berdasarkan pengalaman.

    Hadir selaku tetamu kehormat majlis tersebut ialah Pemangku Timbalan Pesuruhjaya Polis, Haji Mohammed Fadzillah bin Haji Ismail yang turut merasmikan majlis pembukaan program tersebut.

    Majlis diadakan pagi hari ini Bilik Persidangan Setia Raja, Mes Pegawai Polis Gadong yang dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan diikuti dengan ucapan tetamu kehormat majlis, Doa Selamat dan diakhiri dengan sesi bergambar ramai.

    Dalam ucapannya, beliau menaruh harapan kepada pegawai-pegawai yang menyertai program ini akan dapat memberikan komitmen penuh dan mengambil peluang untuk memperbaiki dan mencabar diri dalam aspek-aspek yang diperlukan bagi persediaan mereka untuk menggalas tanggungjawab yang lebih berat dan mencabar di masa hadapan kelak.

    Program yang dijalankan adalah hasil kerjasama PPDB dan Universiti Teknologi Brunei (UTB) yang diolah khusus mengikut kehendak dan keperluan PPDB bagi pegawai-pegawai pengurusan pertengahan yang berupa pengetahuan lanjutan mengenai dasar dan urus tadbir, kepimpinan dan pengurusan sumber tenaga manusia, pengurusan insiden bencana dan pengurusan media.

    Objektif utama program ini adalah untuk menaiktaraf pengetahuan dan kemahiran dalam bidang yang khusus dan bersesuaian denganpara pegawai dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan lebih berkesan.

    Selain daripada itu program terarah bagi pegawai-pegawai yang berada di bahagian pengurusan pertengahan PPDB. Program ini akan mencabar pegawai-pegawai PPDB yang berhadapan serta diuji dengan tekanan-tekanan dan situasi di luar zon selesa
    Di samping itu juga, pegawai-pegawai yang menyertai program ini juga akan diberi pendedahan lanjutan terhadap perlaksanaan dasar-dasar Kerajaan Negara Brunei Darussalam. Program ini diselitkan juga dengan modul kepimpinan dan pengurusan menurut nilai-nilai kefahaman Islam.

    Haji Mohammed Fadzillah semasa hadir pada majlis pembukaan program tersebut.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda