Ahad, 23 November 2025
28 C
Brunei

    Berita Terkini

    Program barigakan isu semasa, dasar kerajaan

    Oleh Nurdiyanah R.
    Gambar serahan Jabatan Penerangan

    TEMBURONG, 15 JUN – Dalam usaha untuk menyampaikan maklumat mengenai isu-isu semasa dan dasar kerajaan, Jabatan Penerangan, Jabatan Perdana Menteri melalui cawangan Penerangan Daerah Temburong telah mengadakan Program Sua Muka bagi Kampung Labu Estate dan Kampung Piasau-Piasau, Mukim Labu, hari ini.

    Hadir selaku mengetuai rombongan pada program yang diadakan di Balai Raya Kampung Labu Estate, Daerah Temburong itu ialah Pemangku Pengarah Penerangan, Dayang Siti Bismi Nuruliman binti Haji Awang Emzah.

    Beliau antara lain mengongsikan mengenai impak cuaca panas dan gelombang haba di Negara Brunei Darussalam, kesihatan mental, aplikasi MOHCares, membendung penyalahgunaan dan pengedaran dadah, penipuan kewangan melalui aplikasi Telegram, Talian Kebajikan 141 dan Talian Anak 121.

    Program berkenaan dihasratkan untuk meningkatkan hubungan dua hala antara pihak kerajaan-rakyat dan rakyat-kerajaan dengan membarigakan maklumat dan dasar kerajaan di samping menerima maklum balas yang perlu diambil perhatian dan tindakan oleh pihak-pihak yang berkenaan dalam kerajaan.

    Turut hadir ialah Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Haji Sulaiman bin Haji Nasir yang juga selaku Ketua Kampung Labu Estate dan Kampung Piasau-Piasau.

    Program turut diisikan dengan perkongsian maklumat daripada agensi-agensi kerajaan yang diundang dan sesi dialog bersama penduduk kampung mengenai isu-isu yang dibangkitkan, antara lain berkaitan dengan prasarana dan kemudahan awam.

    Dayang Siti Bismi Nuruliman semasa mengongsikan isu-isu semasa pada program yang diadakan kelmarin.
    Antara peserta mengambil bahagian dalam sesi soal jawab semasa program berkenaan.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda