Sabtu, 22 November 2025
23.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Program bentuk peribadi Muslim

    Oleh Salawati Haji Yahya –
     
    BANDAR SERI BEGAWAN, 14 DIS – Seramai 57 orang peserta yang terdiri daripada 27 orang pelajar lelaki dan 30 orang pelajar perempuan dari beberapa buah sekolah menengah, pusat tingkatan enam dan institusi pengajian tinggi yang berumur antara 14 hingga 20 tahun dari keempat-empat daerah telah menyertai Program Perkhemahan Belia Hijrah Mahabbah Lillah kali ke-9, hari ini.
     
    Bertemakan Sunnah Dihayati, Hidup Diberkati, program anjuran Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah itu dikelolakan oleh Kumpulan Al-Qudwah, Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) dan berlangsung sehingga 16 Disember di universiti berkenaan.
     
    Program perkhemahan tahun ini diadakan bersempena dengan Sambutan Maulud Nabi Muhammad SAW 1445 Hijrah yang mana ia juga dilaksanakan sempena cuti penggal akhir persekolahan tahun 2023.
     
      Antara aktiviti yang dijalankan dalam program tersebut termasuk sesi ta’aruf, team building, memanah, majlis mawlid dan tazkirah bertajuk Rasulullah SAW Sebagai Qudwah Hasanah.
     
    Antara lain tujuan program ini adalah untuk memberikan pendedahan dan kesedaran kepada belia sebagai persediaan untuk bekalan di dunia dan di akhirat, serta mengalas tanggungjawab dan amanah sebagai khalifah di muka bumi ini.
     
    Di samping itu, ia diharapkan dapat membentuk keperibadian dalam kalangan para belia melalui amalan membaca Al-Quran dan menghayati maksud yang tersirat di dalamnya.
     
    Selain itu, program tersebut dapat memberikan peluang kepada para peserta untuk mengeratkan silaturahim, mewujudkan kepentingan usrah dan tarbiyah, saling bertukar fikiran dan ingat-mengingati antara satu sama lain supaya lebih bermotivasi dalam menuntut ilmu dunia mahupun akhirat.
     
    Antara peserta program semasa menghadiri salah satu aktiviti program berkenaan. – GAMBAR SERAHAN UNISSA
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda