Wednesday, October 4, 2023
29.8 C
Brunei

    -

    Program bincang kesaksamaan jantina dalam sukan

    Oleh Fadhil Yunus

    BANDAR SERI BEGAWAN, 9 JUN – Cabaran dan batasan yang dihadapi wanita untuk meng-akses dan mendapatkan peluang dalam bola sepak telah diketengahkan dalam program ‘Bagaimana Komuniti Dapat Memajukan Ekuiti Gender dalam Sukan’ di Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di Brunei Darussalam hari ini.

    Perbincangan tidak rasmi antara atlet tempatan dan alumni AS itu adalah sebahagian daripada Program Utusan Sukan AS yang diketuai oleh Amy Allman Griffin dan Lorrie Fair Allen, juara Piala Dunia Wanita FIFA masing-masing pada 1991 dan 1999, dan dianjurkan oleh Kedutaan AS di Brunei Darussalam.

    Perbincangan itu menekankan bagaimana masyarakat boleh memajukan kesaksamaan jantina dalam sukan dengan kemungkinan cadangan dikemukakan untuk mewujudkan persekitaran yang lebih baik untuk wanita dalam bola sepak. Pemenang Piala Dunia itu turut berkongsi tentang persamaan cabaran yang dihadapi oleh negara majoriti Islam yang lain.

    Perbualan itu menimbulkan kemungkinan untuk menubuhkan persatuan sukan wanita dengan melibatkan atlet wanita daripada pelbagai sukan di Brunei.

    Gambar ramai atlet tempatan dan alumni AS semasa program berkenaan.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Penerbangan dibatalkan dan sekolah ditutup di Taiwan

    TAIPEI, 4 OKT - Penerbangan dibatalkan dan sekolah ditutup di beberapa bahagian di Taiwan pada hari ini ketika pulau itu bersiap sedia menghadapi angin...