Friday, September 20, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Program catat kecergasan fizikal pelajar

    Oleh Salawati Haji Yahya –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 29 FEB – Seramai 40 orang pelajar dari dua buah kelas di Sekolah Arab Sultan Haji Hassanal Bolkiah (SASHHB) kelmarin telah menyertai program ujian kecergasan yang diadakan di sekolah berkenaan.

    Ujian tersebut merupakan satu prosedur yang digunakan bagi menguji tahap kecergasan fizikal pelajar, di mana ia dijalankan mengikut peringkat umur dan kebolehan pelajar sambil mengambil kira peralatan dan lokasi ujian.

    Selain itu, ujian berkenaan akan memberikan maklumat mengenai tahap kesihatan pelajar dan diharap akan dapat memotivasikan pelajar untuk mengamalkan gaya hidup sihat.

    Ujian itu merupakan sebuah aktiviti kendalian pegawai-pegawai dan pelajar yang mengikuti Program Diploma Perguruan Ugama Lepasan Ijazah (Latihan dalam Perkhidmatan) sesi 2023/2024 di bawah kelolaan Pusat Ilmu Teras, Pengurusan Kokurikulum, Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB).

    Antara objektif utama program adalah untuk menganalisis dan mencatat kecergasan fizikal pelajar dan sebagai penanda aras tahap kesihatan serta memberikan kesedaran kepada pelajar akan tahap kecergasan dan kesihatan mereka.

    Aktiviti dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan doa oleh Haji Hazwan bin Haji Salim kemudian diteruskan dengan sesi pemanasan badan yang diketuai oleh Muhammad Yusri bin Haji Raman, diikuti dengan taklimat ringkas yang disampaikan oleh pengerusi majlis, Mohd Nur Hadi bin Ismail.

    Ujian tersebut dijalankan mengikut urutan aktiviti fizikal yang bermula daripada larian ulang alik, push up, sit-up, plank dan diakhiri dengan jumping jack.

    Antara pelajar SASHHB yang terlibat dalam program tersebut. – GAMBAR SERAHAN KUPU SB
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda