Saturday, February 15, 2025
23.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Program fokus pembelajaran Islam secara interaktif

    Oleh Yusrin Junaidi –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 14 FEB – Dengan tujuan memberikan pengetahuan dan pemahaman kepada kanak-kanak tentang asas-asas Rukun Islam melalui kaedah inovatif dan menyeronokkan, Badan Sukarelawan Belia Daie di bawah naungan Urus Setia Program Keugamaan Belia, Pusat Dakwah lslamiah (PDI) dengan kerjasama Ahli Jawatankuasa Takmir Masjid Sultan Sharif Ali, Kampung Sengkurong telah menganjurkan Program ‘llm Series kali ke-21 bagi Tahun 2025.

    Program dengan tema Sembahyang Mencerdaskan Minda itu telah disertai kanak-kanak yang mengikuti kelas mengaji Al-Quran dan Muqaddam di Masjid Sultan Sharif Ali, Kampung Sengkurong.

    Program ‘llm Series itu juga diadakan bersempena memperingati Sambutan lsrak dan Mikraj di samping merealisasikan misi Rancangan Strategik Kementerian Hal Ehwal Ugama 2020 – 2024, iaitu ‘Dakwah Mantap Berkesan’ melalui pemantapan akidah, ibadah, akhlak dan penghayatan, khususnya bagi pendakwah muda.

    Pelbagai aktiviti menarik disediakan sepanjang program yang memfokuskan kepada pembelajaran Islam berbentuk interaktif di mana kanak-kanak atau digelar sebagai ilmuan cilik bukan hanya sekadar mempelajari secara teori tetapi juga diberi peluang untuk menghayati dan mengamalkan asas-asas Islam melalui pelbagai aktiviti yang menyeronokkan, antaranya pengenalan kaifiah sembahyang, waktu sembahyang, simulasi, bacaan doa-doa dan penjagaan aurat dalam sembahyang.

    Kanak-kanak mengambil bahagian dalam aktiviti yang memfokuskan kepada pembelajaran berbentuk interaktif semasa Program ‘Ilm Series. – GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI
    GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda