Monday, July 21, 2025
30.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Program gadis diperluas tingkat potensi pendidikan pelajar

    KOTA KINABALU, 20 JULAI –  Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek mahu penganjuran Program Citra Gadis Unggul (GADIS) diperluas ke seluruh negara sekali gus dijadikan sebagai agenda penting bagi mengembangkan potensi pelajar perempuan. 

    Beliau berkata agenda pendayaan perlu diterapkan sedari awal supaya potensi pelajar perempuan di negara ini dapat terus dikembangkan menjadi insan holistik dan cemerlang.

    “Itu antara tumpuan utama kami pada waktu ini untuk memberi kesedaran kepada anak-anak perempuan mengenai hak mereka mendapat peluang pendidikan terbaik dan mencapai impian dalam kehidupan.

    “Pengalaman menjadi aktivis bertahun-tahun, kini saya membawa pendayaan GADIS sebagai agenda penting. Hanya pendidikan sahaja yang boleh mengubah masa hadapan anak-anak kita,” katanya dalam hantaran di Facebook hari ini. Terdahulu, Fadhlina menghadiri program GADIS yang dianjurkan dengan kerjasama rakan strategik Kementerian Pendidikan di Sekolah Menengah Kebangsaan Salaping, Kota Marudu. – Bernama

    Fadhlina Sidek beramah mesra dengan para pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Widuri sempena lawatan ke sekolah berkenaan bagi meninjau Program Anak Kita baru-baru ini. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda