Monday, December 16, 2024
30.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Program Generasi Ber-MIB kukuh jati diri untuk pelajar

    Oleh Sim Y. H. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 15 DIS – Dalam usaha untuk mengukuhkan jati diri keBruneian dalam kalangan pelajar khususnya mereka yang melanjutkan pengajian di luar negara, Pejabat Sekretariat Majlis Tertinggi Melayu Islam Beraja (MTMIB), Kementerian Pendidikan, Negara Brunei Darussalam telah mengadakan Program Generasi BerMIB khusus bagi pelajar-pelajar Negara Brunei Darussalam yang sedang melanjutkan pengajian di Malaysia, baru-baru ini.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan, di sini, menyatakan program itu diadakan sebanyak dua sesi iaitu pada 14 dan 15 Disember di mana ia dihadiri oleh pelajar Biasiswa Kerajaan ke Luar Negeri dan pelajar persendirian yang melanjutkan pengajian di Malaysia.

    Program itu bertujuan untuk memperkukuh jati diri keBruneian dalam kalangan pelajar sambil memperdalam pemahaman mereka terhadap falsafah MIB.

    Di samping itu, program itu juga berfungsi sebagai mekanisme pertahanan atau benteng, yang bertindak melindungi pelajar daripada pengaruh budaya asing serta elemen-elemen yang bertentangan dengan nilai-nilai teras MIB.

    Program itu mengandungi tiga sesi taklimat yang merangkumi MIB Jati Diri Kitani, Tanggungjawab Duta Kecil (Pelajar) Negara Brunei Darussalam dalam Mempertahankan Imej MIB di Luar Negara, serta taklimat daripada pihak Biro Kawalan Narkotik (BKN), Negara Brunei Darussalam.

    Di samping itu, bengkel berkenaan juga dihasratkan untuk meningkatkan kemahiran komunikasi melalui perbincangan secara berkumpulan, mengasah kemahiran dalam berfikiran secara kritis dan penyelesaian masalah.

    Para pelajar Brunei yang melanjutkan pengajian di Malaysia bergambar ramai semasa majlis berkenaan. – GAMBAR SERAHAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda