Jumaat, 21 November 2025
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Program HAPPY tingkat pengetahuan mengenai HIV

    Oleh Sim Y.H. – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 1 SEPT – Majlis AIDS Brunei Darussalam (Majlis BDAIDS) terus melaksanakan Program Kesedaran HIV bagi Belia dan Rakan Sebaya (HAPPY) di Sekolah Menengah Pengiran Anak Puteri Hajah Masna (SMPAPHM), baru-baru ini.

    Program HAPPY yang dihadiri oleh 156 pelajar sekolah berkenaan merupakan sebuah projek yang diterajui oleh belia dengan matlamat untuk menyebarkan kesedaran mengenai HIV termasuk ilmu pengetahuan mengenai kehamilan remaja serta jangkitan penyakit seksual.

    Program itu merupakan sebahagian daripada inisiatif kesedaran sekolah berkenaan, di mana program interaktif menggabungkan audio dan visual serta aktiviti interaktif untuk menyampaikan maklumat kepada golongan muda termasuk mesej yang disesuaikan kepada persekitaran tempatan.

    Sesi berkenaan diketuai oleh Penyelaras Projek HAPPY, Dayang Siti Kailene binti Mohd Jazlan Kashfi dengan disokong oleh sukarelawan daripada Majlis BDAIDS.

    Semasa sesi berkenaan, Dayang Siti Kailene menekankan pentingnya kefahaman HIV termasuk bagaimana virus itu merebak dan bagaimana ia boleh dicegah.

    Beliau juga menyampaikan pelbagai gambaran berguna bagaimana jangkitan HIV boleh berlaku, membantu menghapuskan mitos dan salah faham yang sering dihadapi oleh golongan muda.

    Di samping itu, beliau juga menyentuh mengenai kebimbangan yang semakin meningkat terhadap kehamilan remaja, menerangkan mengenai kesannya kepada emosi, sosial dan fizikal kehidupan golongan muda.

    Sesi itu juga mengetengahkan statistik tempatan berkaitan dengan HIV di Brunei, menggariskan perlunya kesedaran dan pendidikan yang lebih meluas.

    Majlis BDAIDS berharap para pelajar akan membawa maklumat berharga yang dipelajari daripada sesi berkenaan ke rumah, memanfaatkannya untuk membuat keputusan bijak serta berkongsi pengetahuan mereka dengan keluarga dan rakan sebaya.

    Para pelajar SMPAPHM yang mengambil bahagian pada program itu. – GAMBAR SERAHAN MAJLIS BDAIDS
    Dayang Siti Kailene semasa mengendalikan sesi program jerayawara berkenaan. – GAMBAR SERAHAN MAJLIS BDAIDS

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda