Jumaat, November 21, 2025
23.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Program Hari Belia didik sahsiah pemain bola sepak

    BANDAR SERI BEGAWAN, 19 OGOS – Kelab bola sepak, FC Phosphor telah menganjurkan program Hari Belia bertempat di Taman Rekreasi Hutan Simpanan Berakas, sebagai sebahagian daripada usaha kelab dalam memperkasa peranan belia melalui penglibatan aktif dalam aktiviti kesukarelawanan dan pembangunan sahsiah.

    Program dimulakan dengan aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan rekreasi, khususnya melalui pengutipan sampah oleh para peserta. Langkah ini bertujuan menyemai kesedaran tentang kepentingan menjaga alam sekitar dalam kalangan belia.

    Aktiviti diteruskan dengan sesi team building yang merangkumi pelbagai latihan berkumpulan bagi memperkukuh nilai kepimpinan, kerjasama, dan komunikasi berkesan. Penglibatan para belia dalam program ini turut mencerminkan komitmen mereka terhadap pembentukan jati diri dan pembangunan komuniti.

    Menurut wakil FC Phosphor, program ini sejajar dengan misi kelab untuk membimbing belia bukan sahaja dalam bidang sukan, terutamanya bola sepak, tetapi juga daripada segi pembentukan karakter, disiplin dan tanggungjawab sosial.

    “FC Phosphor sentiasa komited dalam menyediakan platform yang membina untuk golongan belia, agar mereka dapat berkembang sebagai individu yang berwibawa serta mampu menyumbang secara positif kepada masyarakat,”ujar beliau.

    Kelab turut merancang untuk meneruskan penganjuran program seumpama ini secara berkala sebagai sebahagian daripada inisiatif pembangunan belia jangka panjang yang berteraskan nilai-nilai murni dan semangat kesukanan.

    Semua di atas: Antara aktiviti semasa program berkenaan. – GAMBAR-GAMBAR SERAHAN FC PHOSPHOR

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda