Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Program hidupkan semula ‘kampung budaya’

    HANOI – Dalam tempoh sedekad lalu, bandar Hanoi telah menjadikan pemuliharaan budaya sebagai komponen utama dalam pelaksanaan Program Sasaran Negara bagi Pembangunan Luar Bandar Era Baharu.

    Sejak awal lagi, Hanoi menyedari bahawa pembangunan luar bandar tidak boleh hanya bertumpu kepada aspek ekonomi dan infrastruktur semata-mata; ia juga perlu memelihara serta menghidupkan semula keaslian budaya desa yang merupakan tempat lahirnya identiti dan tradisi kebangsaan.

    Selepas pelaksanaan lebih 10 tahun, Hanoi telah mencatatkan pencapaian ketara dalam usaha memelihara dan mempromosikan nilai-nilai budaya.

    Usaha itu beransur-ansur berjaya memenuhi keperluan budaya masyarakat yang semakin meningkat serta menerima sokongan padu daripada komuniti. Menjelang akhir tahun 2024, sebanyak 95.4 peratus kampung dan desa di seluruh bandar ini telah diiktiraf serta mengekalkan status sebagai ‘Kampung Budaya’.

    Di beberapa kawasan lain, elemen budaya tradisional telah mula giat dipulihkan, seperti di Komun Duong Lam, seorang tokoh masyarakat, Nguyen Van Binh, berkata, “Duong Lam bukan sekadar tempat tinggal, ia adalah warisan nenek moyang kami.

    Hanoi kini meneruskan usaha untuk membina kawasan luar bandar berkonsep baharu yang lebih maju khusus kepada pemuliharaan nilai budaya tradisional. – ANN/Vietnam News
    Bandar itu telah menerima pakai dasar pemuliharaan dan pemerkasaan warisan budaya sebagai sebahagian daripada pembangunan luar bandar. – ANN/Vietnam News
    Hanoi telah mencapai kejayaan yang signifikan dan praktikal dalam usaha memelihara serta memartabatkan nilai budaya. – vietnam net
    Nilai budaya Hanoi bukan sahaja tercermin dalam adat resam dan tradisinya. — ANN/Viet Nam News
    Usaha memelihara dan mempromosikan warisan budaya bukan sekadar menghargai masa lalu. — ANN/Viet Nam News

    “Setiap bata, setiap pintu gerbang kampung mempunyai ceritanya sendiri. Apa yang paling menggembirakan saya bukan sahaja jalan kampung yang telah berturap baharu, tetapi juga pemulihan rumah-rumah lama dan festival tradisional yang menyemai rasa bangga dalam kalangan generasi muda.”

    Di Komun Yen So, Daerah Hoai Duc, yang memang terkenal dengan identiti budayanya sejak berabad-abad lalu, telaga lama dan tapak bersejarah seperti Quan Gia dan Rung Gia telah dipelihara sebagai warisan kebangsaan sejak tahun 1991.

    Bekas Setiausaha Parti, Nguyen Dang Hoan menekankan asas budaya yang kukuh itu telah memperkasakan komun tersebut untuk membuka potensi dan mencapai kejayaan dalam pembangunan luar bandar.

    Sementara itu, di komun Thuong Mo, seni tradisional ca tru iaitu upacara nyanyian telah dihidupkan semula. Seorang penggiat budaya, Nguyen Thi Tam telah menubuhkan kelab ca tru yang kini mempunyai 45 ahli. Seni itu menjadi komponen penting dalam kehidupan komuniti semasa perayaan dan acara kampung.

    Di komun Minh Quang pula, salah satu komun tanah tinggi pertama yang mencapai kriteria pembangunan luar bandar maju pada tahun 2024 yang mana budaya gong dalam kalangan etnik Muong mula kembali diserlahkan di bandar itu.

    Dengan sokongan penuh daripada kalangan masyarakat setiap peringkat bandar, daerah dan kampung-kampung telah dilengkapi set lengkap gong dan juga pasukan gong. Kini, bunyi gong mula kedengaran semula dalam upacara seperti perkahwinan, berpindah masuk ke rumah baharu dan Festival Padi Baharu sekali gus menghidupkan kembali tradisi yang hampir lenyap.

    Sebagai sebahagian daripada komitmen terhadap pembangunan budaya, Hanoi telah melabur secara besar-besaran dalam infrastruktur aktiviti budaya dan sukan.

    Kesemua 2,362 kampung di bandar itu kini mempunyai rumah budaya komuniti dan kawasan sukan. Tambahan pula, 64 komun memiliki pusat budaya dan sukan berpusat.

    Kemudahan itu dilengkapi sepenuhnya, menyediakan ruang untuk penduduk berkumpul, bertukar idea, berlatih seni tradisional, bersukan dan memperkukuh hubungan masyarakat.

    Di Desa 6, komun Van Phuc, rumah budaya tempatan menjadi pusat aktiviti yang meriah setiap petang, di mana lebih 40 warga emas bermain bola tampar lembut, berkongsi tip kesihatan, menyanyi dan menjalani aktiviti kesihatan.

    Manakala, seorang ahli kelab bola tampar tempatan, Bui Gia Dieu berkata, “Ia bukan sekadar bersenam tetapi ia juga mengenai komuniti, persahabatan dan mengekalkan semangat yang ceria.”

    Ngo Van Ngon, Timbalan Ketua Pejabat Tetap Penyelarasan Pembangunan Luar Bandar Era Baharu Hanoi, menekankan nilai budaya adalah elemen yang tidak boleh dipisahkan dalam membina kawasan luar bandar gaya baharu.

    Dasar bandar yang mengintegrasikan pemuliharaan budaya ke dalam pembangunan luar bandar telah membantu membentuk masyarakat yang sihat dan bertenaga sambil menangani isu sosial yang negatif.

    “Pendekatan Hanoi dalam memelihara dan mempromosikan nilai budaya bukan hanya untuk menghargai masa lalu,” kata Ngon.

    “Ia juga merupakan kunci kepada masa depan yang mampan. Di tempat-tempat di mana rumah persidangan yang diselaputi lumut masih berdiri, di mana jalan kampung berbatakan merah terbentang luas dan di mana ibu-ibu masih menyanyikan lagu buaian lama desa-desa di Hanoi sedang melangkah ke arah kemodenan tanpa melupakan akarnya.” — ANN/Vietnam News

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda