Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Program Ihya dan Jangkauan Ramadan diteruskan di Masjid Kg Kapok

    BANDAR SERI BEGAWAN, 29 APRIL – Program Ihya dan Jangkauan Ramadan Kementerian Pertahanan diteruskan lagi di Masjid Kampung Kapok, Mukim Serasa, hari ini.

    Menurut kenyataan yang diterima, hari ini, hadir bersama pada majlis itu ialah Menteri Pertahanan Kedua, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof; Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), Mejar Jeneral Dato Seri Pahlawan Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan; pemangku setiausaha tetap, pegawai-pegawai serta anggota dari Kementerian Pertahanan dan ABDB.

    Terdahulu majlis telah dimulakan dengan sembahyang Fardu Isyak, Sunat Tarawih dan Sunat Witir secara berjemaah serta diteruskan dengan Tadarus Al-Quran bersama jemaah masjid yang hadir.

    Majlis kemudian diakhiri dengan penyampaian infak termasuk Mushaf Al-Quran Jubli Intan ABDB kepada jawatankuasa takmir masjid.

    Program tersebut bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan silaturahim dengan penduduk kampung dan masyarakat setempat di samping meraih keberkatan dan pahala di bulan suci Ramadan yang mubarak yang tidak lama lagi akan berakhir.

    Anggota Kementerian Pertahanan dan ABDB ketika menyertai Program Ihya dan Jangkauan Ramadan di Masjid Kampung Kapok. – Gambar serahan Kementerian Pertahanan
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda