Oleh Salawati Haji Yahya
TUTONG, 7 NOV – Dalam usaha menyemarakkan lagi Sambutan Hari Pemulihan Antarabangsa tahun 2025, Biro Kawalan Narkotik telah mengadakan Program Integrasi Kemasyarakatan OYDP berbentuk kempen kebersihan yang diadakan di Kampung Keramut, Danau, kelmarin.
Hadir selaku Tetamu Kehormat di program berkenaan, Awang Haji Haslan bin Haji Shahbudin, Penghulu Mukim Telisai.
Program berkenaan disertai oleh 12 orang OYDP, 13 orang residen Pusat Al-Islah dan 8 orang pegawai kakitangan Biro Kawalan Narkotik terlibat dalam program ini, dan penduduk-penduduk kampung berkenaan.
Antara lain tujuan program diadakan adalah untuk mempromosikan integrasi sosial OYDP dalam komuniti.
Di samping itu juga, bagi meningkatkan rasa tanggungjawab OYDP untuk berbakti dan memberikan sumbangan dalam apa jua bentuk kepada masyarakat dan negara.
Biro Kawalan Narkotik melalui program ini berharap akan dapat memberikan kesan positif dalam jangka masa panjang terutama dalam usaha mengurangkan stigma negatif masyarakat terhadap bekas pengguna dadah.
Dengan adanya penerimaan yang positif dan sokongan moral daripada masyarakat ini akan lebih membantu memudahkan mereka menjalani proses pemulihan sepanjang hayat masing-masing.





