Sabtu, 22 November 2025
29.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Program Jalinan Silaturahim tanam nilai pemedulian

    Oleh Yusrin Junaidi – 

    TUTONG, 13 NOV – Seramai 10 orang murid persekolahan agama dari Daerah Tutong menerima sumbangan berupa barangan keperluan seperti peralatan serta pakaian seragam sekolah dan lain-lain keperluan asas melalui Program Jalinan Silaturahim, hari ini.

    Program tersebut diungkayahkan oleh Bahagian Kenaziran, Jabatan Pengajian Islam (JPI), Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) yang bertujuan untuk meringankan beban murid-murid persekolahan agama yang kurang berkemampuan.

    Penyampaian sumbangan telah disempurnakan oleh Ketua Bahagian Kenaziran, JPI, Hajah Ernie Yusnani binti Haji Mohd Noor yang diadakan di Dewan Serbaguna, Sekolah Ugama Pengiran Anak Puteri Norain, Daerah Tutong.

    Program tersebut merupakan inisiatif tahunan Bahagian Kenaziran bagi membantu murid-murid persekolahan agama yang memerlukan, di samping menjadi pemangkin semangat kepada mereka untuk terus gigih menuntut ilmu dan mencapai kejayaan dalam pembelajaran.

    Hajah Ernie Yusnani menyampaikan sumbangan kepada pelajar pada majlis yang diadakan di Dewan Serbaguna, Sekolah Ugama Pengiran Anak Puteri Norain, Daerah Tutong. – GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI
    Antara yang hadir pada majlis tersebut. – GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda