Thursday, December 26, 2024
24.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Program jualan tengah malam diperluas ke Pantai Timur

    KOTA BHARU, 25 DIS – Tourism Malaysia bercadang memperluas  Program Jualan Tengah Malam (Midnight Sale) menerusi lebih banyak pasar raya di seluruh negeri Pantai Timur dalam usaha menjadikan program itu sebagai acara tahunan pelancongan sempena Kempen Malaysia Year End Sale (MYES).
     
    Pengarah Tourism Malaysia Wilayah Timur, Mohd Azizul Arif Yahaya berkata secara keseluruhan, sebanyak tujuh program diadakan di seluruh negara dengan dua daripadanya di Kelantan dan Terengganu. 
     
    Beliau berkata antara matlamat utama pe-nganjuran bertujuan menggalakkan pelancong antarabangsa, khususnya yang bersempadan Malaysia seperti Singapura, Thailand dan Brunei mengambil peluang bukan sahaja berbelanja tetapi bermalam di Malaysia.
     
    “Inisiatif ini memfokuskan kepada pelancong dari Singapura dan Thailand, menjadi harapan Tourism Malaysia pelancong dapat memanjangkan tempoh keberadaan di negara ini termasuk bermalam di hotel di sekitar Johor Bahru dan Kota Bharu. 
     
    “Acara jualan bermula pada 10 malam hingga 12 tengah malam selama sehari … sekali gus menyumbang kepada ekonomi tempatan,” katanya kepada pemberita selepas perasmian program itu di sini semalam.
     
    Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Negeri, Datuk Kamarudin Md Noor yang merasmikan program berkenaan.
     
    Mengulas lanjut, beliau berkata selain alam semula jadi, ‘adventure’, ekopelancongan, sukan dan lain-lain segmen membeli-belah menjadi komponen penting bagi industri pelancongan Malaysia. -Bernama
     
    Pengunjung sebuah pasar raya membeli barangan harga kawalan yang dijual sempena sambutan Krismas 2024 di sebuah pasar raya di Peringgit baru-baru ini. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda