Program keagamaan hiasi YES LETOP

BANDAR SERI BEGAWAN, 1 Jan – Eskpo jualan YES LETOP diteruskan untuk hari ketiga kelmarin di mana beberapa acara turut memeriahkan ekspo tersebut yang diadakan di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas, di sini.

Acara utama iaitu Program Si Adik Pintar – Aku Kenal Rasulullah, turut menghiasi hari ketiga ekspo jualan YES LETOP yang dikendalikan oleh Awang Adi Aismat bin Lamat.

Sementara itu, cabutan bertuah harian iPhone turut diadakan untuk hari ketiga YES LETOP di mana Dayang Nurbaizura binti Abdul Sani telah diumumkan sebagai pemenang.

Ekspo berkenaan telah menarik seramai 86 penjual dan usahawan yang menampilkan pelbagai barangan jualan termasuk barang peralatan sekolah, barang keperluan harian, makanan, minuman dan sebagainya.

Dayang Nurbaizura yang memenangi cabutan bertuah harian peranti iPhone untuk hari ketiga YES LETOP.
Dayang Nurbaizura yang memenangi cabutan bertuah harian peranti iPhone untuk hari ketiga YES LETOP.