Friday, November 15, 2024
30.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Program Keagamaan Sekolah Ugama, Arab sempena Hari Kebangsaan

    Oleh Yusrin Junaidi

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 27 Feb – Selaras dengan Sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ke-33, Program Keagamaan Senegara Persekolahan Ugama dan Arab bagi Bulan Februari 2017 telah mengetengahkan tema ‘Peranan Pelajar dalam Menjayakan Wawasan Negara 2035’.

    Program berkenaan diadakan secara serentak di keempat-empat daerah pada sesi pagi dan petang, yang mana program sesi petang bagi Brunei IIA telah berlangsung di Sekolah Ugama Pengiran Anak Puteri Hafizah Sururul Bolkiah, Berakas.

    Di sekolah berkenaan, program telah bermula dengan tazkirah yang membawa tajuk tema program diikuti dengan bacaan Surah Yasin sempena Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam dan Doa Allah Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam.

    Menurut kenyataan Jabatan Pengajian Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU), para pelajar selaku generasi muda belia hendaklah mempunyai keazaman kuat, keazaman yang boleh menewaskan segala kesusahan yang dihadapi dalam proses pembangunan wawasan negara.

    Tema program kali ini memberikan murid-murid dan para pelajar kefahaman mengenai dengan peranan pelajar dalam menjayakan wawasan negara yang akan dicapai, menurut kenyataan itu lagi.

    Semasa taklimat berkenaan, para pelajar diterangkan supaya menjayakan wawasan negara iaitu Wawasan Brunei 2035, tidak melibatkan diri dengan gejala sosial, mematuhi peraturan dan undang-undang negara, menjadi teladan yang baik kepada adik beradik dan rakan-rakan, memberikan sumbangan tenaga dan fikiran dalam pendidikan, berkemahiran tinggi dan berjaya, ekonomi yang dinamik dan berdaya tahan, yang mana pelajar berkualiti memainkan peranan yang sangat penting dalam menjayakan wawasan negara.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda