Oleh Yusrin Junaidi
BANDAR SERI BEGAWAN, 27 FEB – Bertemakan Semarak Kemerdekaan, program Keagamaan Senegara Sekolah-sekolah Arab dan agama bagi bulan Februari telah diadakan di semua sekolah agama dan Arab secara serentak kelmarin.
Tumpuan perlaksanaan program ialah di Sekolah Arab Sultan Haji Hassanal Bolkiah bagi sesi pagi yang bermula pada jam 8 pagi dan Sekolah Ugama Lambak Jalan Bedil bagi sesi petang yang diadakan pada jam 2 petang.
Antara pengisian program ialah nyanyian lagu kebangsaan, Allah Peliharakan Sultan diikuti dengan bacaan Ikrar Hari Kebangsaan.
Program juga diisikan dengan bacaan Selawat Tafrijiyah, Sayyidul Istighfar dan surah Al-Fatihah serta membaca Surah Yasin beramai-ramai.
Ia diteruskan dengan bacaan Doa Kesyukuran Hari Kebangsaan dan disusuli dengan perkongsian tazkirah bertajuk Peranan Pelajar dalam Merealisasikan Wawasan Negara.