Friday, January 3, 2025
25.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Program Keagamaan Senegara diadakan serentak

    Oleh Salawati Haji Yahya –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 27 SEPT – Program Keagamaan Senegara bagi sekolah-sekolah Arab dan agama telah diadakan secara serentak di seluruh negara, baru-baru ini.

    Program tersebut dibahagikan kepada dua sesi iaitu sesi persekolahan sebelah pagi bermula pukul 8 pagi, manakala sesi petang bermula pukul 2 petang di mana acara dimulakan dengan bacaan Sayyidul Istighfar seterusnya bacaan Ratib Al-Attas. Kemudian program diserikan dengan tazkirah bertajuk Guru Berkualiti Pemacu Transformasi Pendidikan bersempena Sambutan Hari Guru ke-33 2023.

    Bagi sekolah-sekolah agama Kawasan Brunei II A, program juga telah diadakan secara dalam talian dengan melibatkan penyertaan daripada kalangan ibu bapa dan penjaga murid.

    Program berkenaan turut diadakan secara dalam talian bagi sekolah-sekolah agama Kawasan Brunei II A. – Gambar serahan JPI

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda