Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Program kebajikan YKN perlu kerjasama syarikat swasta, NGO

    KUCHING, 31 MAC – Lebih banyak syarikat swasta dan badan bukan kerajaan (NGO) tempatan perlu tampil untuk bekerjasama dalam menggerakkan program kebajikan di bawah Yayasan Kebajikan Negara (YKN), kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri.

    Beliau berkata, usaha berkenaan yang dilaksanakan di seluruh negara memerlukan sumbangan daripada rakan strategik untuk bersama-sama meringankan beban komuniti asnaf, Orang Kelainan Upaya (OKU) dan warga emas.

    “Kita menggalakkan syarikat (untuk terlibat)… sekiranya bekerjasama dengan kita, mereka juga boleh dapat pengecualian cukai, sama juga untuk NGO mereka juga boleh mohon pengecualian cukai.

    “(Program kebajikan ini) bukan hanya untuk Ramadan tetapi ada juga beri barangan lain untuk membantu golongan asnaf seperti program Back To School dan rakan strategik membantu kita menggantikan barangan di institusi kebajikan seperti tilam dan bantal baharu yang berjenama,” katanya.

    Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri program Sinar Kasih Ramadan YKN bersama Alliance Islamic Bank Berhad di sini, hari ini.

    Nancy berkata, baru-baru ini kementeriannya memberi sijil penghargaan kepada kira-kira 30 rakan strategik yang memberi sumbangan bagi melaksanakan projek kebajikan bersama YKN seperti agihan makanan dan keperluan harian.

    Terdahulu, beliau menyantuni 100 anak asnaf dan OKU dari kawasan Demak Laut dan Pantai Damai serta membawa mereka membeli baju bagi menyambut perayaan Aidilfitri di pasar raya Mydin.

    “Inisiatif ini adalah hasil daripada kerjasama syarikat korporat melalui aktiviti tanggungjawab sosial korporat, khususnya dengan YKN dan Alliance Islamic Bank Berhad, yang telah menyumbang sejumlah RM35,000 bagi penajaan ini,” katanya. – Bernama

    Nancy (dua, kanan) bersama para penerima Program Sinar Kasih Ramadan anjuran YKN dengan kerjasama Alliance Islamic Bank di Pasaraya Mydin Petra Jaya pada 31 Mac. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...