Sunday, May 11, 2025
29.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Program kecerdasan buatan bantu kesan risiko lemas

    ASHKOD, ISRAEL, 20 MEI – Sebuah bandar Israel sedang menjalan ujian sama ada program kecerdasan buatan yang mengesan risiko lemas boleh membantu menyelamatkan nyawa di pantai.

    Program itu, dibangunkan oleh sebuah syarikat bernama SightBit, menggunakan maklumat yang dikumpul daripada kamera risikan untuk menentukan siapa yang berada dalam air – orang dewasa atau kanak-kanak misalnya – sama ada mereka bergerak atau lemah, dan pergerakan arus di lokasi berkenaan.

    Sekiranya satu risiko dikesan, program itu akan menghantar amaran kepada tablet yang dipegang oleh pengguna – seorang anggota penyelamat, dalam kes ini – dengan arahan untuk bertindak.

    Ketua eksekutif SightBit Nethanel Eliav memberitahu AFP bahawa beliau membangunkan teknologi itu selepas mengenal pasti kelemahan dalam gambar litar tertutup yang digunakan untuk menambah keselamatan dalam air. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda