Sunday, May 11, 2025
25 C
Brunei

    Berita Terkini

    Program Kepimpinan Al-Huffaz 2022 berakhir

    Oleh Nurdiyanah R.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 4 SEPT – Program Kepimpinan Al-Huffaz 2022 yang dianjurkan buat kali kelima oleh Al-Huffaz Leaders dalam sama-sama melahirkan golongan belia siaga masa depan, telah melabuhkan tirainya hari ini dengan majlis penutup di Dewan Pusat Sejarah Brunei.

    Hadir selaku tetamu kehormat majlis seterusnya menyampaikan sijil penyertaan kepada 35 orang peserta terdiri daripada belia dan beliawanis dalam lingkungan usia 16 hingga 21 tahun ialah Pengasas Bersama Al-Huffaz Leaders, Awang Hamiz ‘Abdulhadi bin Haji Osman.

    Program yang bertemakan Leader, Empathy & As-piration, Generous & Unity, Enthusiastic (LEAGUE) itu berlangsung selama empat hari dan empat malam bermula 1 September di Kompleks Sukan Sungai Kebun.

    Ia bermatlamat untuk membentuk belia yang berkualiti, proaktif dan kondusif untuk membina masa hadapan belia dan negara.

    Pengisian program merangkumi tiga aspek iaitu Sahsiah, Kesenian dan Kepimpinan Islam seperti aktiviti berpasukan dan riadah, qasidah dan sesi muhasabah diri.

    Pada tahun ini, aktiviti utama yang diketengahkan ialah berunsurkan khidmat masyarakat sekali gus memberikan sumbangan kepada orang yang kurang berkemampuan melalui hasil tangan para peserta.

    Awang Hamiz ‘Abdulhadi menyampaikan sijil kepada salah seorang peserta. – Gambar serahan Al-Huffaz Leaders
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda