Friday, May 9, 2025
30.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Program kesedaran HIV diteruskan

    Oleh Sim Y. H. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 10 SEPT – Kesedaran mengenai HIV terus disebarkan khususnya dalam kalangan golongan belia khususnya remaja dan pelajar sekolah menerusi Program Kesedaran HIV bagi Belia dan Rakan Sebaya (HAPPY) dilaksanakan oleh Majlis AIDS Brunei Darussalam (BDAIDS Council).

    Kelmarin, program berkenaan telah diadakan di Sekolah Menengah Chung Hua, Kuala Belait yang disertai oleh kira-kira 160 orang pelajar Tahun 9 dan 10.

    Program merupakan projek yang diterajui oleh belia dengan matlamat untuk menyebarkan kesedaran mengenai HIV termasuk ilmu pengetahuan mengenai kehamilan remaja serta jangkitan penyakit seksual (STI) dalam kalangan remaja dan belia.

    Diadakan sebahagian daripada program kesedaran sekolah berkenaan, program menyaksikan ceramah disampaikan oleh Penyelaras Projek HAPPY, Dayang Siti Kailene Jazlan Kashfi dengan aktiviti-aktiviti dikendalikan bersama ahli-ahli pasukan HAPPY.

    Dayang Siti Kailene mengongsi statistik tempatan terkini STI dan kehamilan remaja dengan mengetengahkan usia serta jantina yang mendominasi statistik itu.

    Beliau turut menyatakan bahawa angka itu boleh dikurangkan dengan mengamalkan sikap berpantang sebagai sebahagian daripada kaedah untuk mencegah golongan belia daripada terlibat dalam sebagai tabiat berisiko yang boleh membawa kepada jangkitan STI, hamil di luar nikah atau perkahwinan muda.

    Dayang Siti Kailene bergambar ramai dengan guru serta pelajar-pelajar Sekolah Menengah Chung Hua Kuala Belait yang mengambil bahagian dalam Program HAPPY, kelmarin. – Gambar serahan BDAIDS Council
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda