Oleh Salawati Haji Yahya
Gambar serahan Majlis BDAIDS
BANDAR SERI BEGAWAN, 3 JULAI – Seramai 23 orang pelajar Tahun 10 Maktab Sultan Omar ‘Ali Saifuddien (SOAS) telah menyertai dalam Program Kesedaran HIV untuk Rakan Sebaya dan Belia (HAPPY) sebagai sebahagian daripada program kesedaran sekolah berkenaan, baru-baru ini.
Program anjuran Majlis AIDS Brunei Darussalam (BDAIDS) itu merupakan projek yang diterajui oleh belia untuk menyebarkan kesedaran HIV termasuk pengetahuan tentang kehamilan remaja dan penyakit jangkitan seksual (STI).

Ikuti berita lanjut dalam Edisi Rabu (Media Permata)

