Tuesday, November 19, 2024
28.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Program klasik asah kemahiran berbahasa Arab

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 19 NOV – Bagi memupuk minat dan meningkatkan kemahiran bertutur bahasa Arab dalam kalangan pelajar, Sekolah Arab Belait telah mengadakan program Hayya Ilal ‘Arabiyyah (Mari Berbahasa Arab) dengan tema Kembali Ke Zaman Klasik yang Indah kelmarin.

    Tema tersebut dipilih agar pelajar dapat memperkaya perbendaharaan kata bahasa Arab berkaitan warisan dan tradisi.

    Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Ketua Pegawai Ugama Daerah Belait, Kementerian Hal Ehwal Agama (KHEU), Awang Mohamad Aliyani bin Ismail.

    Program dimulakan dengan bacaan Selawat dan Surah Al-Fatihah, disusuli ucapan daripada Pemangku Guru Besar Sekolah Arab Belait, Pengiran Hajah Masniah binti Pengiran Hussin.

    Acara diteruskan dengan lawatan ke petak-petak permainan dengan pelbagai aktiviti yang memfokuskan kepada pengukuhan kemahiran mendengar dan bertutur dalam bahasa Arab.

    Kemahiran teknologi juga diketengahkan seperti aktiviti interaktif menggunakan aplikasi yang disediakan.

    Program berkenaan merupakan salah satu inisiatif Jabatan Pengajian Islam yang dikendalikan oleh sekolah-sekolah Arab bagi mengukuhkan penguasaan bahasa Arab dan memupuk semangat daya saing yang sihat dalam kalangan pelajar sekolah-sekolah Arab.

    Awang Mohamad Aliyani merasmikan program berkenaan.
    Atas & Bawah: Antara pengisian program berkenaaan.

    Gambar ramai tetamu kehormat dan tetamu yang lain.- GAMBAR SERAHAN JPI, KHEU

     

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda